Implan Koklea
Implan koklea boleh mengisi dunia anda dengan kenikmatan bunyi. Ketahui bagaimana implan koklea boleh membawa bunyi kepada anda atau anak anda.
Cara Baharu untuk Mendengar
Adakah anak anda dilahirkan dengan kepekakan parah? Adakah anda mengalami kehilangan pendengaran, tetapi mendapati alat bantu pendengaran anda tidak lagi membantu? Adakah anda hanya boleh mendengar dengan satu telinga?
Jika anda menjawab ya kepada mana-mana soalan ini, maka implan koklea boleh membantu anda atau anak anda, untuk mendengar dengan lebih baik dalam kehidupan seharian. Memasang implan koklea merupakan keputusan yang besar, tetapi ia boleh mengubah kehidupan. Mengapa? Kerana faedahnya melangkaui dan bukan sekadar pendengaran yang lebih baik.
- Lebih mudah untuk bersosial dengan rakan-rakan
- Hubungan dengan ahli keluarga bertambah baik
- Pendengaran lebih baik dalam persekitaran bising, seperti restoran
- Lebih mudah mendengar di telefon
Bagaimanakah Implan Koklea Berfungsi?
Implan koklea direka bentuk bagi mereka yang mengalami kehilangan pendengaran sensorineural yang teruk hingga parah. Dengan jenis kehilangan pendengaran ini, sel rambut dalam telinga dalam rosak, dan tidak boleh mengesan bunyi dengan baik. Implan koklea melepasi sel rambut yang rosak ini dan menghantar isyarat elektrik ke otak, tempat ia diterjemahkan sebagai bunyi.
Sistem implan koklea mempunyai dua komponen utama. Pemproses audio yang dipakai di luar mengesan bunyi dan menghantarnya ke implan dalaman, yang diletakkan betul-betul di bawah kulit di belakang telinga.
Pelajari bagaimana implan koklea berfungsi dengan menonton video ringkas ini.
Padanan Sempurna
Kami berikan lebih lagi dan bukan sekadar menawarkan anda kualiti bunyi terbaik—pemproses audio kami mempunyai semua ciri yang anda cari dalam reka bentuk selesa yang anda suka untuk pakai. Implan kami direka untuk memberikan kebolehpercayaan yang luar biasa dan keselamatan MRI paling tinggi*, bersama-sama dengan pendengaran yang lebih baik sepanjang hayat.
Bersama-sama, ia dibuat untuk memberikan anda pengalaman pendengaran yang sebaik mungkin.
Pendengaran Seumur Hidup
Memasang implan koklea merupakan keputusan yang besar. Implan anda akan bersama-sama anda selama bertahun-tahun, jadi adalah penting untuk memikirkan tentang impak yang implan anda akan berikan, pada masa sekarang dan pada masa hadapan.
Di MED-EL, kami mereka bentuk dengan memikirkan tentang masa hadapan. Implan kami dihasilkan bagi kebolehpercayaan jangka panjang, supaya anda boleh menjalani kehidupan tanpa gangguan pendengaran. Kami memudahkan anda untuk menaik taraf kepada pemproses audio terbaharu, supaya anda dapat memanfaatkan teknologi terkini. Siri implan SYNCHRONY kami mempunyai keselamatan MRI yang cemerlang* dan dilindungi oleh Jaminan MRI kami, bermakna anda bersedia untuk apa jua kemungkinan dalam hidup.
Implan koklea merupakan keputusan untuk sepanjang hayat, dan MED-EL akan bersama dengan anda sehingga akhir.
"Kualiti kehidupan saya mengalami perubahan besar sejak implan saya"
Langkah Seterusnya
Apa yang anda boleh jangkakan seterusnya? Ini adalah gambaran proses penerimaan implan koklea.
1
Penilaian
Pertama sekali, anda akan menjalani penilaian rutin untuk memastikan anda ialah calon bagi implan koklea, serta jika terdapat sebarang faktor lain yang harus dipertimbangkan oleh pasukan implan koklea anda. Pasukan klinikal anda akan membantu anda dan keluarga anda melalui secara khusus apa yang dijangkakan dalam langkah seterusnya.
2
Pengimplanan
Untuk mengimplan CI, prosedur pembedahan adalah jelas dan mudah serta biasanya berjalan antara 1–2 jam bawah sama ada anestesia umum atau setempat. Penerima biasanya boleh bangun pada keesokan hari. Anda mungkin berada di hospital selama sehari atau beberapa hari, bergantung pada keperluan individu anda dan kebiasaan di tempat anda.
3
Pengaktifan
Kira-kira empat minggu selepas pengimplanan, anda akan menjalani penyesuaian pertama anda. "Hari pengaktifan" ini adalah apabila ahli audiologi anda akan menghidupkan pemproses audio anda buat kali pertama dan anda akan mendengar bunyi baharu pertama anda. Tetapan audio pemproses anda akan dilaraskan agar bersesuaian dengan keutamaan pendengaran anda.
4
Rehabilitasi
Selepas pengaktifan, adalah penting untuk membuat susulan dengan program rehabilitasi supaya anda boleh menyesuaikan diri mendengar melalui implan koklea anda. Rehabilitasi adalah penting bagi menggunakan implan anda dengan sepenuhnya. Ia boleh dilakukan bersama-sama dengan profesional pertuturan bahasa dan latihan pendengaran di rumah.
* Implan koklea SYNCHRONY 2 atau SYNCHRONY adalah MR bersyarat. Penerima dengan implan koklea SYNCHRONY 2 atau SYNCHRONY boleh diimbas MRI dengan selamat pada 0.2, 1.0, 1.5 dan 3.0 Tesla mengikut syarat-syarat yang diperincikan dalam arahan penggunaan.
** Melainkan diperlukan atas alasan diagnostik.
Kami Bersedia Membantu Anda dalam Rawatan Pendengaran Anda
Adakah anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana penyelesaian pendengaran MED-EL boleh membantu anda atau orang jagaan anda? Hanya isi borang hubungan, dan kami akan memberikan anda maklumat lanjut.