Pemproses Audio SONNET 2
Jangan sesuaikan hidup anda di sekitar pemproses audio—pilih pemproses yang sesuai dengan kehidupan anda! Apa jua gaya hidup anda, SONNET 2 dihasilkan untuk anda. Pakainya seperti mana yang anda mahu. Sambungkannya ke telefon yang sudah anda miliki. Serta alami kualiti bunyi hebat, apa sahaja yang anda lakukan.
Pendengaran Mudah
SONNET 2 direka untuk memberikan anda pendengaran yang sebaik mungkin di mana sahaja anda berada. Sama ada di restoran yang bising, di konsert muzik, atau sekadar berjalan-jalan pada hari yang berangin, SONNET 2 membolehkan anda mendengar yang terbaik di sebarang persekitaran.
Kepintaran Tersuai
SONNET 2 mengecam jenis persekitaran tempat anda berada, dan mengubah tetapan secara automatik untuk dipadankan. Yang bagusnya, anda tidak akan sedar pun ia sedang berlaku.
Pengurangan Hingar
Daripada hingar latar belakang di kafe, hinggalah anjing yang tiba-tiba menyalak, SONNET 2 meminimumkan hingar yang tidak perlu, supaya anda boleh bersembang dengan yakin di mana-mana persekitaran.
FineHearing
Dengar butirannya dengan teknologi pengekodan bunyi FineHearing. FineHearing membolehkan anda mendengar dunia seperti mana ia sepatutnya didengari—daripada lagu kegemaran anda hinggalah suara orang tersayang.
Penstriman Ringkas
Gunakan telefon yang anda suka, dan sambungkannya ke pemproses audio yang anda sayangi. SONNET 2 menjadikannya mudah untuk mendengar muzik kegemaran anda dan menikmati panggilan telefon dengan orang tersayang dalam stereo sebenar yang berkualiti tinggi. Luncurkan sahaja penutup AudioStream ke atas pemproses audio anda untuk menikmati penstriman wayarles terus daripada telefon pintar atau tablet anda.
Bercakap di Telefon
Mendengar Muzik
Menonton TV
Tempat Awam
Di Tempat Kerja atau Sekolah
Tempat Awam
Telegegelung ialah kaedah yang dicuba dan dipercayai untuk mendengar dengan lebih jelas apabila anda berjalan-jalan di luar. Sambung SONNET 2 kepada cecincin telegegelung di teater, bank, teksi dan tempat-tempat lain.
Di Tempat Kerja atau Sekolah
Ciri mikrofon jauh AudioLink ideal untuk mendengar seseorang yang berada sejauh beberapa meter, sama ada ia guru, rakan sekerja atau hanya ahli keluarga semasa makan malam!
Dibuat untuk Dwimod
Menggunakan bantuan pendengaran di salah satu telinga anda? Tiada masalah! SONNET 2 serasi dengan setiap jenama dan jenis bantuan pendengaran kerana sistem implan kami meniru pendengaran semula jadi. Dan jika bantuan pendengaran anda menyokong penstriman audio, malah anda boleh menstrim bunyi ke kedua-dua telinga anda pada masa yang sama. Anda hanya perlukan AudioStream dan telefon pintar* yang serasi.
Anda Mengawalnya
Kini anda tidak perlu lagi membawa kawalan jauh ke mana-mana. Dengan aplikasi AudioKey 2 baharu, anda boleh mengubah tetapan pada SONNET 2 anda terus daripada telefon anda. Kelantangan, kepekaan mik, pemilihan program—semua dengan menekan satu butang.
Selain itu, AudioKey 2 juga membolehkan anda melihat statistik pendengaran individu anda, seperti berapa lama anda memakai SONNET 2 anda setiap hari. Dan jika anda kehilangan pemproses anda secara tidak sengaja, fungsi "Cari Pemproses Saya" menunjukkan tempat terakhir anda menggunakan apl dengan pemproses audio anda, supaya anda boleh menjejaki langkah anda.
Padankan Gaya Anda
Gayakan SONNET 2 anda untuk dipadankan dengan penampilan individu anda. Dengan beribu-ribu kombinasi warna untuk dipilih, anda boleh memberikan SONNET 2 anda perubahan yang unik!
Dianugerahkan kepada Sistem SYNCHRONY, terdiri daripada Pemproses Audio SONNET 2 dan aksesori, Implan Koklea SYNCHRONY 2, dan perisian penyesuaian MAESTRO 8.0.
Percikan Merata-rata
Dengan SONNET 2, anda boleh bermain hujan! Rekaan kalis air SONNET 2 melindunginya daripada percikan dan lembapan harian. Berlari di dalam hujan kini menjadi lebih mudah.
Untuk berenang atau sukan air lain, penutup WaterWear yang kalis air ideal sekali! Letakkan sahaja penutup ke atas pemproses anda dan nikmati pendengaran berjam-jam yang menyeronokkan di kolam renang atau di pantai.
Untuk Kanak-kanak
Memilih pemproses audio yang tepat untuk anak anda mungkin sukar. Rekaan SONNET 2 yang kompak dan tahan lasak menjadikannya pilihan yang ideal untuk kanak-kanak—daripada bayi kecil sehinggalah kanak-kanak besar.
- Rekaan Kalis Ubah
- Pemeriksaan Pemproses Audio
- Pilihan Pemakaian
- Pilihan Pemasangan
- Saiz Kecil
- Apl AudioKey 2
Rekaan Kalis Ubah
SONNET 2 cukup lasak walaupun untuk kanak-kanak kecil yang paling ingin tahu. Kedua-dua pemproses audio dan gegelung boleh dikunci sepenuhnya, selamat berada dalam satu bahagian, dan bersaiz optimum supaya tidak boleh ditelan oleh kanak-kanak.
Pemeriksaan Pemproses Audio
Periksa sama ada pemproses audio anak anda berfungsi dengan betul. Fungsi semak hubungan membolehkan anda melihat sekali imbas sama ada SONNET 2 anak anda dipasang kepada gegelung dengan betul. Anda juga boleh memeriksa sama ada mikrofon mereka berfungsi dengan baik menggunakan Kawalan Jauh FineTuner Echo.
Pilihan Pemakaian
Pilihan pemakaian SONNET 2 menjadikan ia lebih ringan untuk dipakai oleh telinga kecil. BabyWear dan ActiveWear membolehkan anda memasang sebahagian atau semua pemproses audio pada pakaian anak anda, supaya mereka boleh menikmati pendengaran yang selesa sepanjang hari.
Pilihan Pemasangan
Mengekalkan pemproses audio pada anak anda boleh menjadi satu cabaran! Dengan pelbagai pilihan pemasangan yang memudahkan, anak anda boleh memakai SONNET 2 sepanjang hari.
Saiz Kecil
Pilih Bateri Cas Semula Mikro untuk SONNET 2 anak anda, dan berikan mereka salah satu pemproses audio paling kecil dan paling ringan yang tersedia.
Apl AudioKey 2
Apl AudioKey 2 mengandungi ciri "Peranan Penjaga" khas, supaya anda boleh mengawal pemproses audio anak anda daripada telefon anda. Selain itu, anda boleh menyemak statistik pendengaran mereka dan memastikan yang mereka mendapat yang terbaik daripada SONNET 2.
Kuasa Tahan Lama
Bateri berkuasa SONNET 2 bermakna anda boleh menggunakannya selama berhari-hari. Pilih bateri pakai buang zink-udara biasa bagi masa pemakaian yang paling lama. Sebagai alternatif, bateri cas semula merupakan cara yang mudah untuk memastikan SONNET 2 berkuasa sepanjang hari.
- Bateri Pakai Buang
- Bateri Cas Semula
Bateri Pakai Buang
Gunakan dua bateri pakai buang zink-udara dengan SONNET 2 anda bagi hayat bateri yang maksimum.
- Kuasa boleh sehingga 60 jam daripada dua bateri zink-udara saiz 675.
- Pendengaran kalis air boleh sehingga 10 jam dengan WaterWear dan dua bateri perak-oksida.
Bateri Cas Semula
Bateri cas semula SONNET 2 yang mudah boleh dipakai pada waktu siang, dan kemudian dicas sepanjang malam. Ia datang dalam dua saiz yang berlainan: Standard dan Mikro.
- Kuasa boleh sehingga 10 jam dengan Bateri Cas Semula Standard.
- Kuasa boleh sehingga 7 jam dengan Bateri Cas Semula Mikro.
- Kedua-dua pilihan ideal untuk digunakan dengan WaterWear.
Implan Koklea SYNCHRONY 2
Kualiti bunyi hebat hanya mungkin dengan implan yang hebat. Dengan SYNCHRONY 2 anda boleh mendapat manfaat daripada kebolehpercayaan implan yang cemerlang dan Jaminan MRI kami.
Tetapi kelebihan terbesar SYNCHRONY 2 adalah ia meniru pendengaran semula jadi. Hasilnya? Paling hampir dengan pendengaran semula jadi bagi mana-mana sistem implan koklea.
Terokai Lebih Lanjut
Kami Bersedia Membantu Anda dalam Rawatan Pendengaran Anda
Adakah anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana penyelesaian pendengaran MED-EL boleh membantu anda atau orang jagaan anda? Hanya isi borang hubungan, dan kami akan memberikan anda maklumat lanjut.
Data Teknikal
Anda boleh menyemak versi mana SONNET 2 yang anda ada di sini. Untuk butiran penuh mengenai cirinya, sila lihat data teknikal.
Pemproses Audio SONNET 2 Me1510
Dimensi dan Berat
- 6.1 g (dengan ActiveWear)
- 10.6 g (Me1510 dengan dua bateri zink-udara 675)
- Gegelung DL: 4.6 g, 32.8 mm x 5.8 mm
- Gegelung DL: 6 magnet tersedia dalam 10 kekuatan
- Kabel gegelung tahan lasak tersedia dalam 3 kepanjangan:
- 6.5 sm (2.6 in)
- 9 sm (3.5 in)
- 28 sm (11.0 in)
Bahan
- Pemproses & Gegelung: Campuran polikarbonat dan
polimer akrilonitril-butadiena-stirol - Cangkuk telinga: Poliamida (PA)
- Kabel: PVC dan TPE Evoprena
- Bioserasi mengikut ISO 10993-1
- Bebas lateks*
Keserasian
- Serasi dengan semua implan koklea berbilang saluran MED-EL
- MAX Programming Interface
- Perisian Sistem MAESTRO 8.0 atau lebih baharu
- Serasi dengan semua jenama dan jenis bantuan pendengaran
- Penyegerakan dwimod serupa dengan mana-mana bantuan pendengaran: Isyarat mungkin lengah sehingga 10 ms dengan Perisian MAESTRO terkini
Ciri-ciri Produk
- Julat Frekuensi 70–9300 Hz
- Kalis air menurut standard IP54
- Dwimikrofon
- Pengelogan Data Lanjutan
- Pengurusan Bunyi Automatik 3.0
- Rekaan Kalis Ubah
- Cangkuk telinga kukuh
- Patrum bateri berkunci
- Pencegahan bahaya tercekik
- Pilihan pemasangan tambahan
- Kabel gegelung berkunci (dikunci kepada gegelung dan unit kawalan)
- Fungsi semakan pautan dengan penunjuk LED
- Empat kedudukan program
- Kawalan kelantangan dan kepekaan berterusan dengan FineTuner Echo atau AudioKey 2
Ciri-ciri Pemprosesan Bunyi
Pemprosesan Bahagian Hadapan
- Arah Tuju Mikrofon (Omni, Semulajadi, Tersuai)
- Kawalan Kelantangan Automatik dengan AGC Dwigegelung
- Pengurangan Hingar Angin
- Pengurangan Hingar Ambien
- Pengurangan Hingar Transien
- Julat Dinamik Input (IDR) 78 dB (28–106 dB SPL)
Strategi Pengekodan Bunyi
- FS4 (Pemprosesan Struktur halus boleh sehingga 1 kHz pada 4 saluran apikal)
- FS4-p (Pemprosesan Struktur halus boleh sehingga 1 kHz pada 4 saluran apikal dengan Rangsangan selari Pintar bagi ketepatan temporal yang lebih tinggi)
- FSP (Pemprosesan Struktur Halus biasanya sehingga 350 Hz pada 2 saluran apikal)
- HD-CIS (CIS Definisi Tinggi)
- Denyut rangsangan Bifasik atau Trifasik
- Menyokong 250 jalur spektrum
Kesambungan
Teknologi
- 2.4 GHz komunikasi wayarles
- Penstriman audio wayarles langsung melalui Bluetooth Low Energy dengan AudioStream
- Kualiti bunyi stereo sebenar
- Sokongan bagi penggunaan bilateral
- Telegegelung bersepadu
- Penstriman dwimod boleh dilakukan dengan beberapa jenama bantuan pendengaran
Aksesori
AudioLink
- Dimensi: 68 x 38 x 17.5 mm
- Berat: 35 g
- Mikrofon jauh
- Panggilan telefon bebas tangan
- Penstriman TV
- Penstriman muzik
- Input audio terus (DAI)
Apl AudioKey 2
- Kefungsian kawalan jauh
- Peranan Penjaga
- Pengelogan Data Lanjutan
- Cari Pemproses Saya
- Hantar Maklum Balas
FineTuner Echo
- Dimensi: 104 x 38 x 11 mm
- Berat: 32 g (termasuk bateri)
- Kawalan jauh kompak dengan komunikasi dwiarah
- Paparan eKertas
- Uji mikrofon pemproses audio
- Status bateri SONNET 2
Penutup WaterWear
- Kalis air sehingga kedalaman 4 m
- Boleh digunakan dalam air masin, air tawar dan air berklorin
Pilihan Bateri
Bateri Zink-Udara
- Penggunaan boleh sehingga 60 jam dengan satu set 2 bateri pakai buang zink-udara 675
Bateri Cas Semula Maks
- Dimensi: 32 x 14 x 7 mm
- Berat pemproses dengan bateri: 10.4 g
- Masa penggunaan: Sehingga 17 jam
- Tempoh pengecasan: ~6 jam
- Pengecasan/penyahcasan: >1800 kitaran (80% kapasiti)**
Bateri Cas Semula Standard
- Dimensi: 22 x 14 x 7 mm
- Berat pemproses dengan bateri: 9.1 g
- Masa penggunaan: Sehingga 10 jam
- Tempoh pengecasan: ~4 jam
- Pengecasan/penyahcasan: >1100 kitaran (80% kapasiti)**
Bateri Cas Semula Mikro
- Dimensi: 16 x 14 x 7 mm
- Berat pemproses dengan bateri: 8.1 g
- Masa penggunaan: Sehingga 7 jam
- Tempoh pengecasan: ~3 jam
- Pengecasan/penyahcasan: >1100 kitaran (80% kapasiti)**
Unit Pengecasan
- 4 slot pengecasan serentak
- Lampu penunjuk kuasa dan pengecasan
- Berkuasa USB: 5 V DC, 500 mA
- Penyesuai kuasa USB: 100–240V AC (~50/60 Hz)
Tanda perkataan dan logo Bluetooth® ialah tanda dagangan berdaftar dimiliki oleh Bluetooth SIG, Inc. dan sebarang penggunaan tanda sedemikian oleh MED-EL adalah berlesen.
Sila lihat maklumat terperinci dan syarat-syarat khusus penggunaan bagi setiap produk dalam arahan penggunaan masing-masing.
Semua fungsi dan ciri mungkin tidak tersedia di semua pasaran. Mendayakan siri pada perkakasan mungkin tertakluk kepada pertimbangan teknikal.
* Yang mana "bebas" bermakna "tidak dibuat dengan lateks" mengikut panduan FDA semasa: "Pengesyoran untuk Melabel Produk Perubatan untuk Memaklumkan Pengguna yang Produk atau Bekas Produk tidak Dibuat dengan Lateks Getah Asli", 2014.
** Kitar
Pengecasan bergantung pada penggunaan individu.
Pemproses Audio SONNET 2 Me1512
Dimensi dan Berat
- 6.1 g (dengan ActiveWear)
- 10.6 g (Me1512 dengan dua bateri zink-udara 675)
- Gegelung DL: 4.6 g, 32.8 mm x 5.8 mm
- Gegelung DL: 5 magnet tersedia dalam 9 kekuatan
- Kabel gegelung tahan lasak tersedia dalam 3 kepanjangan:
- 6.5 sm (2.6 in)
- 9 sm (3.5 in)
- 28 sm (11.0 in)
Bahan
- Pemproses & Gegelung: Campuran polikarbonat dan
polimer akrilonitril-butadiena-stirol - Cangkuk telinga: Poliamida (PA)
- Kabel: PVC dan TPE Evoprena
- Bioserasi mengikut ISO 10993-1
- Bebas lateks*
Keserasian
- Serasi dengan semua implan koklea berbilang saluran MED-EL
- MAX Programming Interface
- Perisian Sistem MAESTRO 6.0 atau lebih baharu
- Serasi dengan semua jenama dan jenis bantuan pendengaran
Ciri-ciri Produk
- Julat Frekuensi 70–8500 Hz
- Rekaan kalis percikan dengan rating IP54
- Dwimikrofon
- Pengelogan data
- Rekaan Kalis Ubah
- Cangkuk telinga kukuh
- Patrum bateri berkunci
- Pencegahan bahaya tercekik
- Pilihan pemasangan tambahan
- Kabel gegelung berkunci (dikunci kepada gegelung dan unit kawalan)
- Fungsi Pemantauan Pautan dengan penunjuk LED
- Empat kedudukan program
- Kawalan kelantangan dan kepekaan berterusan dengan aplikasi FineTuner atau AudioKey 2
Ciri-ciri Pemprosesan Bunyi
Pemprosesan Bahagian Hadapan
- Pengurusan Bunyi Automatik 2.0 (ASM 2.0)
- Arah Tuju Mikrofon
- Pengurangan Hingar Angin
- Kawalan Kelantangan Automatik dengan AGC Dwigegelung
- Julat Dinamik Input (IDR) 78 dB
Strategi Pengekodan Bunyi
- FS4 (Pemprosesan Struktur halus boleh sehingga 1 kHz pada 4 saluran apikal)
- FS4-p (Pemprosesan Struktur halus boleh sehingga 1 kHz pada 4 saluran apikal dengan Rangsangan selari Pintar bagi ketepatan temporal yang lebih tinggi)
- FSP (Pemprosesan Struktur Halus biasanya sehingga 350 Hz pada 2 saluran apikal)
- HD-CIS (CIS Definisi Tinggi)
- Denyut rangsangan Bifasik atau Trifasik
- Menyokong 250 jalur spektrum
Kesambungan
Teknologi
- 2.4 GHz komunikasi wayarles
- Penstriman audio wayarles langsung melalui Bluetooth Low Energy dengan AudioStream
- Kualiti bunyi stereo sebenar
- Sokongan bagi penggunaan bilateral
- Telegegelung bersepadu
Aksesori
AudioLink
- Dimensi: 68 x 38 x 17.5 mm
- Berat: 35 g
- Mikrofon jauh
- Panggilan telefon bebas tangan
- Penstriman TV
- Penstriman muzik
- Input audio terus (DAI)
Apl AudioKey 2
- Kefungsian kawalan jauh
- Peranan Penjaga
- Cari Pemproses Saya
- Hantar Maklum Balas
- Serasi melalui AudioLink
FineTuner Echo
- Dimensi: 104 x 38 x 11 mm
- Berat: 32 g (termasuk bateri)
- Kawalan jauh kompak dengan komunikasi dwiarah
- Paparan eKertas
- Uji mikrofon pemproses audio
- Status bateri SONNET
Penutup WaterWear
- Kalis air sehingga kedalaman 4 m
- Boleh digunakan dalam air masin, air tawar dan air berklorin
Pilihan Bateri
Bateri Zink-Udara
- Penggunaan boleh sehingga 60 jam dengan satu set 2 bateri pakai buang zink-udara 675
Bateri Cas Semula Maks
- Dimensi: 32 x 14 x 7 mm
- Berat pemproses dengan bateri: 10.4 g
- Masa penggunaan: Sehingga 17 jam
- Tempoh pengecasan: ~6 jam
- Pengecasan/penyahcasan: >1800 kitaran (80% kapasiti)**
Bateri Cas Semula Standard
- Dimensi: 22 x 14 x 7 mm
- Berat pemproses dengan bateri: 9.1 g
- Masa penggunaan: Sehingga 10 jam
- Tempoh pengecasan: ~4 jam
- Pengecasan/penyahcasan: >1100 kitaran (80% kapasiti)**
Bateri Cas Semula Mikro
- Dimensi: 16 x 14 x 7 mm
- Berat pemproses dengan bateri: 8.1 g
- Masa penggunaan: Sehingga 7 jam
- Tempoh pengecasan: ~3 jam
- Pengecasan/penyahcasan: >1100 kitaran (80% kapasiti)**
Unit Pengecasan
- 4 slot pengecasan serentak
- Lampu penunjuk kuasa dan pengecasan
- Berkuasa USB: 5 V DC, 500 mA
- Penyesuai kuasa USB: 100–240V AC (~50/60 Hz)
Tanda perkataan dan logo Bluetooth® ialah tanda dagangan berdaftar dimiliki oleh Bluetooth SIG, Inc. dan sebarang penggunaan tanda sedemikian oleh MED-EL adalah berlesen.
Sila lihat maklumat terperinci dan syarat-syarat khusus penggunaan bagi setiap produk dalam arahan penggunaan masing-masing.
Semua fungsi dan ciri mungkin tidak tersedia di semua pasaran. Mendayakan siri pada perkakasan mungkin tertakluk kepada pertimbangan teknikal.
* Yang mana "bebas" bermakna "tidak dibuat dengan lateks" mengikut panduan FDA semasa: "Pengesyoran untuk Melabel Produk Perubatan untuk Memaklumkan Pengguna yang Produk atau Bekas Produk tidak Dibuat dengan Lateks Getah Asli", 2014.
** Kitar
Pengecasan bergantung pada penggunaan individu.
Penutup Penstriman Wayarles Terus bagi Pemproses Audio Siri SONNET
AudioStream boleh digunakan sebagai Peranti Pendengaran Dibuat untuk iPhone (MFi) dan menyokong teknologi Penstriman Audio untuk Bantuan Pendengaran (ASHA). MED-EL mengesyorkan anda sentiasa mengemas kini peranti dengan versi terkini sistem operasi iOS atau Android. AudioStream serasi dengan iOS versi 11 atau lebih baharu dan Android versi 10 atau lebih baharu.
AudioStream bagi pemproses audio siri SONNET serasi dengan peranti Apple dan Android. Untuk senarai terperinci peranti yang serasi, lihat di bawah.
* Penstriman dwimod hanya dibolehkan dengan Android 12 atau lebih baharu dan bantuan pendengaran yang serasi dengan teknologi Penstriman Audio untuk Bantuan Pendengaran (ASHA). Untuk senarai terperinci peranti yang serasi, lihat di bawah.
Peranti Sesuai bagi Penstriman Dwimod
Bagi penstriman dwimod, anda hanya perlukan telefon pintar Android dengan sistem operasi Android 12 atau lebih baharu, bantuan pendengaran dengan teknologi ASHA (Penstriman Audio untuk Bantuan Pendengaran), dan AudioStream. Senarai di bawah menyertakan peranti yang diuji secara khusus dan disahkan oleh MED-EL sesuai untuk penstriman dwimod. Peranti Android dan bantuan pendengaran lain dengan teknologi yang diperlukan mungkin juga sesuai untuk penstriman dwimod apabila menggunakan AudioStream.
Peranti Android
Periksa untuk mengetahui sama ada peranti Google Pixel anda sesuai untuk Penstriman Dwimod.
Samsung Galaxy S23, Samsung Galaxy S22, Samsung Galaxy S21+, Samsung Galaxy S21, Samsung Galaxy S20 Ultra, Samsung Galaxy Z Fold2, Samsung Galaxy S10e
Xiaomi Mi 11T Pro
OnePlus 9 Pro
Oppo Find X5, Oppo Find X3 Pro
Bantuan Pendengaran
Oticon More, Oticon Real, Oticon Intent
ReSound ENZO Q, ReSound LiNX Quattro, ReSound Key, ReSound One
Signia Pure Charge&Go X, Signia Pure Charge&Go AX, Signia Pure Charge&Go IX, Signia Pure Charge&Go T IX
Starkey Livio AI, Starkey Evolve AI
Widex Moment
Walaupun MED-EL berazam untuk menyediakan kepada seramai pengguna yang mungkin dengan keserasian peranti yang lancar, MED-EL tidak boleh menjamin keserasian penuh atau sokongan penyelesaian masalah dengan semua peranti dan maklumat yang diberikan di atas seharusnya hanya digunakan sebagai rujukan.