Pemproses Audio SONNET 2 EAS

Jangan sesuaikan hidup anda di sekitar pemproses audio—pilih pemproses yang sesuai dengan kehidupan anda! SONNET 2 EAS ialah pemproses audio yang dihasilkan untuk anda. Pilih bagaimana anda mahu ia kelihatan. Pilih bagaimana anda mahu bersambung ke telefon anda dan peranti lain. Dan pilih untuk merasai pendengaran terbaik anda, di mana sahaja anda berada.

SONNET 2 - Teknologi Bunyi Pintar


Pendengaran Mudah

SONNET 2 EAS dihasilkan untuk memberikan anda pendengaran yang sebaik mungkin. Menggunakan gabungan kedua-dua implan koklea dan teknologi bantuan pendengaran, SONNET 2 EAS memanfaatkan sepenuhnya pendengaran semula jadi unik anda, supaya anda boleh mendengar sesuatu seperti mana ia sepatutnya didengari. Selain itu, dengan teknologi ASM 3.0 dan pengekodan bunyi FineHearing, SONNET 2 EAS memastikan anda mendengar yang terbaik di mana sahaja anda berada.

SONNET 2 EAS

Kepintaran Tersuai

SONNET 2 EAS mengecam jenis persekitaran tempat anda berada, dan mengubah tetapan secara automatik untuk dipadankan. Yang bagusnya, anda tidak akan sedar pun ia sedang berlaku.

Pengurangan Hingar

Daripada hingar latar belakang di kafe, hinggalah anjing yang tiba-tiba menyalak, SONNET 2 EAS meminimumkan hingar yang tidak perlu, dan supaya anda boleh bersembang dengan yakin di mana-mana persekitaran.

FineHearing

Dengar butirannya dengan teknologi pengekodan bunyi FineHearing. FineHearing membolehkan anda mendengar dunia seperti mana ia sepatutnya didengari—daripada lagu kegemaran anda hinggalah suara orang tersayang.

SONNET 2 EAS - Sambung kepada Peranti Anda
SONNET 2 EAS dan AudioStream


Penstriman Ringkas

Gunakan telefon yang anda suka, dan sambungkannya ke pemproses audio yang anda sayangi. SONNET 2 EAS menjadikannya mudah untuk mendengar muzik kegemaran anda dan menikmati panggilan telefon dengan orang tersayang dalam stereo sebenar yang berkualiti tinggi. Luncurkan sahaja penutup AudioStream ke atas pemproses audio anda untuk menikmati penstriman wayarles terus daripada telefon pintar atau tablet anda.

SONNET 2 dan AudioKey

AudioKey 2

Anda Mengawalnya

Kini anda tidak perlu lagi membawa kawalan jauh ke mana-mana. Dengan apl AudioKey 2 baharu, anda boleh mengubah tetapan pada SONNET 2 EAS anda terus daripada telefon anda. Kelantangan, kepekaan mik, pemilihan program—semua dengan menekan satu butang.

Selain itu, AudioKey 2 juga membolehkan anda melihat statistik pendengaran individu anda, seperti berapa lama anda memakai SONNET 2 EAS anda setiap hari. Dan jika anda kehilangan pemproses anda secara tidak sengaja, fungsi "Cari Pemproses Saya" menunjukkan tempat terakhir anda menggunakan apl dengan pemproses audio anda, supaya anda boleh menjejaki langkah anda.

Muat turun Muat turun


Apple dan logo Apple ialah tanda dagangan Apple Inc., berdaftar di AS dan negara serta rantau lain. App Store ialah tanda perkhidmatan Apple Inc. | Android ialah tanda dagangan Google LLC. Google Play dan logo Google Play ialah tanda dagangan Google LLC.

SONNET 2 - Gaya
SONNET 2 - Gaya


Lengkapkan Penampilan Anda

Pilih warna yang sesuai dengan anda. SONNET 2 EAS menawarkan beribu-ribu kombinasi warna, jadi anda boleh memperibadikannya dengan mudah untuk dipadankan dengan gaya anda. Dan jika anda benar-benar mahu menunjuk-nunjuk pemproses audio anda, ada banyak Penutup Rekaan yang menarik untuk digunakan!

Lawati Pengkonfigurasi Warna Siri SONNET, dan mula mereka SONNET 2 EAS peribadi anda.

SONNET 2 - kalis air


Bermain Air

Sama ada berehat di pantai, atau menyelam ke dalam kolam renang—nikmati pendengaran hebat dalam air dengan WaterWear. Penutup guna semula ini menjadikan SONNET 2 EAS kalis air sepenuhnya, jadi anda boleh menikmati semua bunyi laut tanpa bersusah payah.

Dan untuk setiap hari, rekaan kalis air superior SONNET 2 EAS melindunginya daripada hujan, percikan, dan peluh. Itu bermakna yang anda boleh pergi berlari di dalam hujan, dan tidak perlu risau akan pemproses audio anda!

SONNET 2 - Untuk Kanak-kanak
SONNET 2 EAS - Untuk Kanak-kanak


Untuk Kanak-kanak

Kompak, tahan lasak, dan dengan pelbagai ciri keselamatan—SONNET 2 EAS ialah pilihan ideal untuk anak anda. Ketahui bagaimana SONNET 2 EAS boleh membantu anak anda mendengar yang terbaik.

SONNET 2 - Kuasa Tahan Lama
SONNET 2 - Kuasa Tahan Lama


Kuasa Tahan Lama

Bateri berkuasa SONNET 2 bermakna anda boleh menggunakannya selama berhari-hari. Pilih bateri pakai buang zink-udara biasa bagi masa pemakaian yang paling lama. Sebagai alternatif, bateri cas semula merupakan cara yang mudah untuk memastikan SONNET 2 berkuasa sepanjang hari.

easyMRI 
SYNCHRONY 2

SYNCHRONY 2 untuk EAS

Kualiti bunyi hebat hanya mungkin dengan implan yang hebat. Dengan SYNCHRONY 2 anda boleh mendapat manfaat daripada teknologi EAS terkini dan Jaminan MRI kami.

Tetapi kelebihan terbesar SYNCHRONY 2 berada dalam elektrodnya yang amat lembut. Ketahui tentang elektrod MED-EL, dan bagaimana ia membantu anda menggunakan pendengaran anda dengan sepenuhnya.

Ketahui Lebih Lanjut

Kami Bersedia Membantu Anda dalam Rawatan Pendengaran Anda

Adakah anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana penyelesaian pendengaran MED-EL boleh membantu anda atau orang jagaan anda? Hanya isi borang hubungan, dan kami akan memberikan anda maklumat lanjut.

Permohonan dan butiran hubungan anda akan dimajukan kepada pejabat MED-EL atau rakan niaga sah yang terdekat di negara anda. MED-EL akan menggunakan maklumat yang anda berikan pada borang ini untuk berhubung dengan anda dan untuk memberikan kemas kini dan pemasaran. Sila maklumkan kami tentang semua cara yang anda mahu dengar daripada kami:

Kami akan menghormati maklumat anda. Bagi maklumat lanjut tentang amalan privasi kami, sila kunjungi halaman dasar privasi kami. Dengan mengklik di bawah, anda bersetuju yang kami boleh memproses maklumat anda menurut terma-terma ini.

< Kembali

Data Teknikal

 

Lebar: 37.4 mm
Tinggi: 56.7mm dengan Penutup Patrum Bateri Standard
Tinggi: 51.4mm dengan Penutup Patrum Bateri Mikro
Saiz Pemproses Audio SONNET
Ketebalan: 5.9 mm
SONNET 2 EAS - hadapan
Ketebalan: 9.3mm

Anda boleh menyemak versi mana SONNET 2 EAS yang anda ada di sini. Untuk butiran penuh mengenai cirinya, sila lihat data teknikal.

Pemproses Audio SONNET 2 EAS Me1520

Dimensi dan Berat

  • 6.1 g (dengan ActiveWear)
  • 10.6 g (Me1520 dengan dua bateri zink-udara 675)
  • Gegelung DL: 4.6 g, 32.8 mm x 5.8 mm
  • Gegelung DL: 5 magnet tersedia dalam 9 kekuatan
  • Kabel gegelung tahan lasak tersedia dalam 3 kepanjangan:
    • 6.5 sm (2.6 in)
    • 9 sm (3.5 in)
    • 28 sm (11.0 in)

Bahan

  • Pemproses & Gegelung: Campuran polikarbonat dan
    polimer akrilonitril-butadiena-stirol
  • Cangkuk telinga: Poliamida (PA)
  • Kabel: PVC dan TPE Evoprena
  • Bioserasi mengikut ISO 10993-1
  • Bebas lateks*

Keserasian

  • Serasi dengan semua implan koklea berbilang saluran MED-EL
  • MAX Programming Interface
  • Perisian Sistem MAESTRO 8.0 atau lebih baharu
  • Serasi dengan semua jenama dan jenis bantuan pendengaran
  • Penyegerakan dwimod serupa dengan mana-mana bantuan pendengaran: Isyarat mungkin lengah sehingga 10 ms dengan Perisian MAESTRO terkini

Ciri-ciri Produk

  • Julat Frekuensi 70–9300 Hz
  • Kalis air menurut standard IP54
  • Dwimikrofon
  • Pengelogan Data Lanjutan
  • Pengurusan Bunyi Automatik 3.0
  • Rekaan Kalis Ubah
    • Cangkuk telinga kukuh
    • Patrum bateri berkunci
    • Pencegahan bahaya tercekik
    • Pilihan pemasangan tambahan
    • Kabel gegelung berkunci (dikunci kepada gegelung dan unit kawalan)
  • Fungsi semakan pautan dengan penunjuk LED
  • Empat kedudukan program
  • Kawalan kelantangan dan kepekaan berterusan dengan FineTuner Echo atau AudioKey 2
  • Menyokong Rangsangan Akustik Elektrik (EAS)

Ciri-ciri Pemprosesan Bunyi


Pemprosesan Bahagian Hadapan

  • Arah Tuju Mikrofon (Omni, Semulajadi, Tersuai)
  • Kawalan Kelantangan Automatik dengan AGC Dwigegelung
  • Pengurangan Hingar Angin
  • Pengurangan Hingar Ambien
  • Pengurangan Hingar Transien
  • Julat Dinamik Input (IDR) 78 dB (28–106 dB SPL)

Strategi Pengekodan Bunyi

  • FS4 (Pemprosesan Struktur halus boleh sehingga 1 kHz pada 4 saluran apikal)
  • FS4-p (Pemprosesan Struktur halus boleh sehingga 1 kHz pada 4 saluran apikal dengan Rangsangan selari Pintar bagi ketepatan temporal yang lebih tinggi)
  • FSP (Pemprosesan Struktur Halus biasanya sehingga 350 Hz pada 2 saluran apikal)
  • HD-CIS (CIS Definisi Tinggi)
  • Denyut rangsangan Bifasik atau Trifasik
  • Menyokong 250 jalur spektrum

Kesambungan


Teknologi

  • 2.4 GHz komunikasi wayarles
  • Penstriman audio wayarles langsung melalui Bluetooth Low Energy dengan AudioStream
  • Kualiti bunyi stereo sebenar
  • Sokongan bagi penggunaan bilateral
  • Telegegelung bersepadu
  • Penstriman dwimod boleh dilakukan dengan beberapa jenama bantuan pendengaran

Aksesori


AudioLink

  • Dimensi: 68 x 38 x 17.5 mm
  • Berat: 35 g
  • Mikrofon jauh
  • Panggilan telefon bebas tangan
  • Penstriman TV
  • Penstriman muzik
  • Input audio terus (DAI)

Apl AudioKey 2

  • Kefungsian kawalan jauh
  • Peranan Penjaga
  • Pengelogan Data Lanjutan
  • Cari Pemproses Saya
  • Hantar Maklum Balas

FineTuner Echo

  • Dimensi: 104 x 38 x 11 mm
  • Berat: 32 g (termasuk bateri)
  • Kawalan jauh kompak dengan komunikasi dwiarah
  • Paparan eKertas
  • Uji mikrofon pemproses audio
  • Status bateri SONNET 2

Penutup WaterWear

  • Kalis air sehingga kedalaman 4 m
  • Boleh digunakan dalam air masin, air tawar dan air berklorin

Pilihan Bateri


Bateri Zink-Udara

  • Penggunaan boleh sehingga 60 jam dengan satu set 2 bateri pakai buang zink-udara 675

Bateri Cas Semula Maks

  • Dimensi: 32 x 14 x 7 mm
  • Berat pemproses dengan bateri: 10.4 g
  • Masa penggunaan: Sehingga 17 jam
  • Tempoh pengecasan: ~6 jam
  • Pengecasan/penyahcasan: >1800 kitaran (80% kapasiti)**

Bateri Cas Semula Standard

  • Dimensi: 22 x 14 x 7 mm
  • Berat pemproses dengan bateri: 9.1 g
  • Masa penggunaan: Sehingga 10 jam
  • Tempoh pengecasan: ~4 jam
  • Pengecasan/penyahcasan: >1100 kitaran (80% kapasiti)**

Bateri Cas Semula Mikro

  • Dimensi: 16 x 14 x 7 mm
  • Berat pemproses dengan bateri: 8.1 g
  • Masa penggunaan: Sehingga 7 jam
  • Tempoh pengecasan: ~3 jam
  • Pengecasan/penyahcasan: >1100 kitaran (80% kapasiti)**

Unit Pengecasan

  • 4 slot pengecasan serentak
  • Lampu penunjuk kuasa dan pengecasan
  • Berkuasa USB: 5 V DC, 500 mA
  • Penyesuai kuasa USB: 100–240V AC (~50/60 Hz)


Tanda perkataan dan logo Bluetooth® ialah tanda dagangan berdaftar dimiliki oleh Bluetooth SIG, Inc. dan sebarang penggunaan tanda sedemikian oleh MED-EL adalah berlesen.

Sila lihat maklumat terperinci dan syarat-syarat khusus penggunaan bagi setiap produk dalam arahan penggunaan masing-masing.
Semua fungsi dan ciri mungkin tidak tersedia di semua pasaran. Mendayakan siri pada perkakasan mungkin tertakluk kepada pertimbangan teknikal.

* Yang mana "bebas" bermakna "tidak dibuat dengan lateks" mengikut panduan FDA semasa: "Pengesyoran untuk Melabel Produk Perubatan untuk Memaklumkan Pengguna yang Produk atau Bekas Produk tidak Dibuat dengan Lateks Getah Asli", 2014.
** Kitar Pengecasan bergantung pada penggunaan individu.