Implan Konduksi Tulang

BONEBRIDGE memberikan anda pendengaran yang hebat. Dan ia merupakan implan konduksi tulang aktif paling canggih. Disebabkan ia diletakkan sepenuhnya di bawah kulit, anda tidak akan sedar ia berada di situ! Ketahui cara BONEBRIDGE menggunakan konduksi tulang untuk merevolusikan pendengaran anda.

Pendengaran Konduksi Tulang Berkesan
BONEBRIDGE

Pendengaran Konduksi Tulang Berkesan

Disebabkan BONEBRIDGE berada sepenuhnya di bawah kulit, ia tidak meninggalkan anda dengan luka terbuka atau rutin penjagaan kulit yang perlu dirisaukan. Pemproses audio SAMBA 2 dipakai di luar terletak dengan selesa di kepala anda dan mempunyai reka bentuk yang bergaris aliran menjadikannya mudah disembunyikan di bawah rambut anda.

Tetapi yang paling penting, BONEBRIDGE menawarkan anda kualiti bunyi yang hebat. MED-EL mempunyai pengalaman selama lebih sepuluh tahun dalam merintis dan memperbaiki implan konduksi tulang di bawah kulit. Beribu-ribu pengguna yang berpuas hati di seluruh dunia bergantung pada pendengaran BONEBRIDGE yang selesa dan berkualiti tinggi.

  • Kualiti bunyi semula jadi

  • Diletakkan sepenuhnya di bawah kulit

  • Pemproses audio yang kecil dan bergaya


anugerah reddot 2019

Dianugerahkan pada tahun 2019 kepada Implan Konduksi Tulang BONEBRIDGE BCI 602.

Cara BONEBRIDGE berfungsi

Bagaimanakah BONEBRIDGE Berfungsi?

Dengan pendengaran normal, getaran bunyi bergerak melalui telinga luar dan tengah ke telinga dalam. Jika anda mengalami kehilangan pendengaran konduktif atau campuran, disebabkan oleh kerosakan salah satu bahagian telinga ini, bunyi tidak dapat sampai ke telinga dalam anda dengan berkesan.

Tetapi BONEBRIDGE terus melepasi bahagian telinga yang rosak dan menghantar bunyi terus ke telinga dalam anda melalui tulang tengkorak anda. Jika anda mengalami kepekakan sebelah telinga, BONEBRIDGE boleh digunakan untuk mengesan bunyi dari sebelah yang hilang pendengaran dan menghantarnya ke telinga dalam di sebelah yang lain.

Padanan Sempurna

Padanan Sempurna

Kami menggabungkan teknologi implan konduksi tulang paling canggih dengan pemproses audio ringan untuk memberikan anda pendengaran berkualiti tinggi yang selesa.

SAMBA 2

SAMBA 2
Pemproses Audio

  • Pemproses Audio Paling Ringan
  • Penutup Rekaan yang Bergaya
  • Teknologi Pendengaran Pintar

Ketahui Lebih Lanjut

BONEBRIDGE
Implan BCI 602

  • Kualiti bunyi semula jadi
  • Diletakkan sepenuhnya di bawah kulit
  • MRI 1.5 Tesla Tanpa Pembedahan*
Implan Konduksi Tulang yang Bergaya
SAMBA 2

Implan Konduksi Tulang yang Bergaya

BONEBRIDGE ialah implan konduksi tulang aktif yang diimplan sepenuhnya di bawah kulit. Hanya pakai pemproses audio SAMBA 2 anda setiap pagi, dan lupakannya terus sepanjang hari. Ia terletak di tempatnya dengan selesa di belakang telinga anda oleh tarikan magnet. Anda boleh menyembunyikannya dengan mudah di bawah rambut anda. Atau menjadikan pemproses audio anda menonjol dengan pelindung rekaan yang bergaya.

Pendengaran seumur hidup

Pendengaran Seumur Hidup

Reka bentuk BONEBRIDGE yang kukuh dihasilkan untuk anda mendengar selama bertahun-tahun yang akan datang. Ia boleh menjalani pengimbasan MRI pada 1.5 Tesla tanpa pembedahan,* tanpa ketidakselesaan, dan tanpa masa henti pendengaran.** Dan disebabkan oleh pengalaman kami yang banyak dan positif dengan MRI, malahan kami menawarkan jaminan MRI sepanjang hayat untuk implan anda.***

 Kisah Pengguna

Langkah-langkah Memperoleh Implan Konduksi Tulang

Apa yang anda boleh jangkakan seterusnya? Ini adalah gambaran proses penerimaan implan konduksi tulang.

1

Penilaian

Pertama sekali, anda akan menjalani penilaian rutin untuk memastikan anda ialah calon bagi implan konduksi tulang dan mengetahui sama ada terdapat sebarang faktor tambahan yang harus dipertimbangkan oleh pasukan implan anda. Pasukan klinikal anda akan membantu anda melalui secara khusus apa yang dijangkakan dalam langkah seterusnya.

2

Pengimplanan

Pembedahan BONEBRIDGE adalah jelas dan mudah serta biasanya berlangsung selama satu jam bawah anestesia umum. Penerima biasanya boleh bangun pada keesokan hari. Anda mungkin berada di hospital selama sehari atau beberapa hari, bergantung pada keperluan individu anda dan kebiasaan di tempat anda.

3

Pengaktifan

Penyesuaian pertama anda biasanya berlaku satu hingga dua minggu selepas pengimplanan. "Hari pengaktifan" ini adalah apabila ahli audiologi anda akan menghidupkan pemproses audio anda buat kali pertama dan anda akan mendengar bunyi baharu pertama anda. Tetapan audio pemproses anda akan dilaraskan agar bersesuaian dengan keutamaan pendengaran anda.

Kami Bersedia Membantu Anda dalam Rawatan Pendengaran Anda

Adakah anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana penyelesaian pendengaran MED-EL boleh membantu anda atau orang jagaan anda? Hanya isi borang hubungan, dan kami akan memberikan anda maklumat lanjut.

Permohonan dan butiran hubungan anda akan dimajukan kepada pejabat MED-EL atau rakan niaga sah yang terdekat di negara anda. MED-EL akan menggunakan maklumat yang anda berikan pada borang ini untuk berhubung dengan anda dan untuk memberikan kemas kini dan pemasaran. Sila maklumkan kami tentang semua cara yang anda mahu dengar daripada kami:

Kami akan menghormati maklumat anda. Bagi maklumat lanjut tentang amalan privasi kami, sila kunjungi halaman dasar privasi kami. Dengan mengklik di bawah, anda bersetuju yang kami boleh memproses maklumat anda menurut terma-terma ini.

< Kembali

Data Teknikal

24.4 mm
⌀ 28.2 mm
BCI602
4.1 mm
4.5 mm
4.4 mm
64.3 mm
18.2 mm
BCI602

Implan BCI 602


Kandungan Kit Implan

  • 1 Implan Konduksi Tulang BCI 602
  • 3 Skru Korteks (Osseointegrasi skru tidak diperlukan):
    • 2 Skru Standard Gerudi Kendiri 1.6 x 5 mm (perak)
    • 1 Skru Kecemasan 1.9 x 5 mm (biru)
  • 1 Pemutar Skru Pembedahan SD 2 (sekali guna)

Berat
Kira-kira 20 g


Bahan-bahan yang Bersentuhan Dengan Tisu
Implan: elastomer silikon gred perubatan, titanium gred 5 ELI (menurut ASTM F 136-12)
Skru: aloi titanium Ti6Al7Nb

Pemutar skru
Polioksimetilena (POM), keluli tahan karat martensitik (1.4197)


Syarat-syarat MRI
MR bersyarat pada 1.5 Tesla**


Kedalaman Menyelam Maksimum
50 m dalam air masin (6 bar)


Bioserasi mengikut ISO 10993-1


Bebas lateks****


Dihantar siap disteril




* Melainkan diperlukan atas alasan diagnostik.
** Implan konduksi tulang BONEBRIDGE adalah MR bersyarat. Penerima dengan BONEBRIDGE boleh diimbas MRI dengan selamat pada 1.5 Tesla mengikut syarat-syarat yang diperincikan dalam arahan penggunaan.
*** Terma dan syarat Jaminan MRI boleh didapati di sini.
**** Yang mana "bebas" bermakna "tidak dibuat dengan lateks" mengikut panduan FDA semasa.